Malaysia Di Ranking Ke-14 Paling Instagrammable Di Dunia

TERKINI
January 23, 2020 - 10:18 AM


Big Seven Travel, sebuah website berkenaan travel telah meletakkan Malaysia dalam senarai 20 negara paling Instragrammable di dunia. Dalam erti kata lain, Malaysia mempunyai banyak destinasi dan tempat cantik.

Mempunyai hampir setengah juta pengikut sosial, Big Seven Travel meletakkan Malaysia di tangga ke-14 daripada 50 buah negara paling cantik untuk digambarkan atau photogenic. Misal contoh, gambar Kampung Sahabat yang viral baru - baru ini selepas dimuatnaik oleh akaun Intagram rasmi Apple. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Humanity turns a photo into a story." #malaysia #ShotoniPhone by Dinie A. @dinnyaiman

A post shared by apple (@apple) on

Rangkaian ini turut memaparkan gambar dan video yang menarik berkenaan lokasi dan destinasi percutian, pelancongan dan seangkatan dengannya di seluruh dunia.

Menurut senarai, Indonesia berada di tempat ke 8, Singapura ke-5 manakala Australia berada di ranking pertama diikuti oleh Hong Kong dan UAE.

Kalau nak diikutkan, pengalaman kami travel di dalam Malaysia, sebenarnya banyak potensi serta produk pelancongan yang boleh diperkembangkan dan dipromosikan lagi dan diharapkan ranking ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan industri pelancongan negara. Lagi – lagi pulak tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2020.