Peluang Bermalam Di Barbie Malibu Dreamhouse Sempena Ulangtahun Ke-60 Barbie

TERKINI
October 21, 2019 - 01:28 PM


Jika korang peminat Barbie, atau pernah sukakan permainan anak patung ikonik kanak-kanak perempuan ini, pastinya tahu yang Barbie mempunyai sebuah rumah yang menjadi idaman semua iaitu Malibu Dreamhouse.

Airbnb baru-baru ini mengumumkan yang rumah ikonik Barbie Malibu Dreamhouse kini boleh ditempah melalui aplikasi mereka dan ia merupakan tempahan atau peluang yang ada sekali sahaja.

Sebuah rumah agam di Malibu akan dihiaskan persis Barbie Dreamhouse yang ramai antara kita membesar dan bermain dengan rumah Barbie ini. Peminat Barbie yang mungkin belum ‘move-on’ dari Barbie boleh cuba menempah Dreamhouse ini apabila ianya dibuka untuk tempahan di Airbnb pada 23 October nanti.

Jika tempahan berjaya, anda boleh ajak 3 orang rakan untuk bermalam di Barbie Dreamhouse ini pada 27 Oktober 2019 hingga 29 Oktober 2019.

Selain berpeluang menginap di rumah ikonik ini, tetamu yang berjaya membuat tempahan akan turut mendapat beberapa ‘experience’ yang ditawarkan oleh Airbnb seperti belajar sukan fencing bersama juara sukan berkenaan selain akan mendapat dandanan daripada stylist terkenal Jen Atkins dan juga kelas memasak yang akan dikendalikan oleh chef terkemuka tempatan.

Macam yang kami cakap awal tadi, rumah agam ini hanya dibuka untuk ‘sekali tempahan’ sahaja dan ianya adalah sempena ulangtahun ke-60 Barbie. Difahamkan, Barbie Malibu Dreamhouse ini akan disenaraikan pada harga USD60 untuk satu malam atau sekitar RM250.

Barbie Malibu Dreamhouse ini akan mengetengahkan konsep ‘beachy glamorous’ dan semestinya kebanyakan barangan atau warna pilihan yang ada didalamnya adalah merah jambu. Warna yang sangat sinonim dengan Barbie.

Jika korang berminat boleh cuba nasib di Airbnb ni. 

Photo Courtesy : Airbnb