Mattel Perkenal Patung Barbie Pertama Yang Bertudung

TERKINI
November 14, 2017 - 02:46 PM


Syarikat permainan Mattel memperkenalkan patung Barbie yang pertama bertudung di New York sebagai penghormatan kepada atlet lawan pedang USA iaitu Ibtihaj Muhammad.

Ibtihaj merupakan atlet Olimpik USA yang pertama mengenakan hijab ketika bersaing.

“Terima kasih Mattel kerana mengumumkan saya sebagai ahli keluarga Barbie Shero”- Kata Ibtihaj. Tambahnya lagi, rekaan itu bagai merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya.

Menurut Mattel, Barbie baru ini adalah inspirasi bagi kanak-kanak perempuan yang sebelum ini tiada wakil dalam bidang sukan dan budaya selain berharap patung ini mempu menjadi pendorong kejayaan dalam cita-cita mereka.

Patung keluaran Mattel ini merupakan sebahagian daripada siri “Shero” dimana siri tersebut memberikan penghargaan kepada wanita yang melakukan sesuatu yang diluar jangka.

Patung Barbie berhijab ini boleh didapatkan secara atas talian pada musim luruh ini.

 

Sumber : Indipendent