Rakyat Memang Dah Patuh SOP, Sektor Perkilangan Penyumbang Kluster Terbesar Di Selangor

TERKINI
August 06, 2021 - 06:59 PM


Ramai yang membuat andaian bahawa peningkatan mendadak kes jangkitan harian di Selangor berlaku akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada Hari Raya Aidiladha, namun Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman menyatakan bahawa tiada kluster membabitkan sambutan Aidiladha dikesan di Selangor.

Menurutnya, perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa rakyat dan penduduk di negeri Selangor patuh SOP sambutan Hari Raya Aidiladha yang telah ditetapkan MKN, dan trend peningkatan di Selangor mula berlaku sebelum Hari Raya Aidiladha lagi. 

Selain itu, trend peningkatan kes harian ini turut disumbangkan daripada peningkatan jumlah saringan yang dijalankan Selangor bermula minggu epid ke-25 sehingga kini kerana kerana terdapatnya kesedaran yang meluas di kalangan orang awam di Selangor untuk segera melakukan ujian terutamanya di fasiliti swasta.

85 peratus ujian saringan harian yang dijalankan di Selangor dilakukan di fasiliti swasta.

Dr Sha'ari berkata, berdasarkan data kluster aktif bagi Julai, kluster perkilangan adalah penyumbang terbesar kes di negeri itu dengan 96 kluster, bersamaan dengan 54 peratus, diikuti dengan 22 kluster perkhidmatan (12 peratus), 18 kluster tapak bina (10 peratus) dan sembilan kluster komuniti (lima peratus).

Menurutnya, majoriti sektor perkilangan patuh kepada SOP, namun transimi berlaku di luar kilang, seperti di tempat tinggal pekerja.