Kes Faisal Halim: Cap Jari Suspek Dianalisis, Polis Yakin Pelaku Akan Diberkas
TERKINIPerkembangan terkini kes Faisal Halim disimbah asid, cap jari dipercayai milik suspek ditemukan di lokasi kejadian sedang dianalisa oleh pihak polis.
@kosmoonline Ikuti sidang akhbar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain selepas beliau melawat lokasi kejadian pemain bola sepak Selangor, Faisal Halim disimbah asid sulfurik di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
♬ original sound - Kosmo!
Perkembangan tersebut dikongsikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain selepas meninjau semula lokasi insiden yang berlaku, Ahad lalu.
Kata beliau, semakan televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat beli-belah mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan atau tempat sehingga meningalkan cap jari.
“Jadi kita sudah ekstrak beberapa cap jari yang ditinggalkan di situ.
“Buat masa ini kita masih menunggu analisa cap jari ini dan sekiranya itu memberikan gambaran yang positif kita dapat ‘mendekatkan diri’ suspek-suspek terbaharu,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke lokasi kejadian di pusat beli-belah, di sini, hari ini.
Tambah beliau, wajah suspek sukar dikenal pasti ekoran memakai topi selain kedudukan CCTV yang tidak menjurus kearahnya.
“Ini kerana suspek memakai topi dan kamera CCTV tidak menjurus ke arah wajah suspek.
“Buat masa ini, tiada tangkapan baharu dan saya menidakkan apa jua laporan yang dikeluarkan oleh portal yang tidak sahih,” tegasnya.