Kes Faisal Halim Disimbah Asid, Polis Tahan Remaja Warga Tempatan Bantu Siasatan

TERKINI
May 06, 2024 - 12:14 PM


Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak pasukan Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor , Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi Buletin TV3  mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Polis sudah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an di sekitar Ampang. Suspek akan direman hari ini.” katanya.

Perincian lanjut berkenaan tangkapan itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut Datuk Hussein, pihaknya juga sudah mengambil keterangan tiga individu termasuk mangsa dan akan memanggil beberapa saksi lagi untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian petang semalam, Faisal diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk akibat disimbah asid di sebuah pasaraya di Petaling Jaya.

Dia yang kini dirawat di sebuah hospital dilaporkan dalam keadaan stabil.

Destination: