Beberapa Premis Dikesan Lalai, Benarkan 523 Individu Status Merah Masuk Pasar Raya
TERKINICOVID-19 bukan perkara baru dalam kehidupan kita, kerajaan telah menetapkan segala SOP bagi setiap aktiviti demi menjamin kesihatan kita sekaligus bagi mengelak dijangkiti virus tersebut. Namun, terdapat satu khabar berita yang tidak baik.
Seperti sedia maklum, kita perlu check-in melalui Mysejahtera apabila hendak memasuki sesuatu premis atau tempat. Mereka yang bukan berstatus merah dan sudah dua dos vaksinasi lengkap diberi kelonggaran buat masa sekarang.
Namun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa terdapat 523 check-in di pelbagai premis yang didapati berstatus merah bermaksud mereka berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 pada minggu ini. Dari jumlah 523 check-in tersebut, 18 peratus berlaku di pasar dan berisiko tinggi sama ada mereka positif ataupun yang melanggar perintah kuarantin di rumah.
Khairy Jamaluddin menegaskan pemilik pemilik premis perlu memperketat pengawasan terutama ketika pengunjung hendak memasuki premis. Beliau menambah, kerjasama antara pihak kerajaan dan masyarakat amatlah penting kerana dengan SOP yang ketat ini, mereka yang masih belum terima atau enggan divaksinasi mula membuka hati untuk tampil menerima vaksin.
Kemasukan ke masjid dan kawasan-kawasan lain juga perlu diperiksa betul-betul untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Bagi pendapat saya, khususnya SOP di masjid perlu dipatuhi bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku sekaligus memperlihara nama baik agama Islam. Sentiasa berwaspada semua, kita masih jauh dari kemenangan!
Sumber: mStar