Sepuluh Individu Bakal Didakwa, Akibat Pemalsuan Sijil Digital Vaksin

PANAS
September 15, 2021 - 01:54 PM


Kelonggaran SOP dari kerajaan dalam menghadapi fasa endemik menyebabkan antivaks tak senang duduk. Seramai 10 individu telah dihadap ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil digital vaksin, setakat ini.

Daripada jumlah tersebut, seorang individu di Sarawak didapati bersalah atas pertuduhan tersebut, kata timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

"Mengikut pecahan negeri satu kes direkodkan di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) serta Sabah (dua)," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14, di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd. Kadir (Pas - Setiu), yang mahukan penjelasan mengenai jumlah individu yang telah dikenakan tindakan atas kesalahan memalsukan sijil digital vaksin.

Sebelum itu, Shaharizukirnain turut meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin.

Menjawab lanjut, Ismail berkata mana-mana individu yang memalsukan sijil suntikan vaksin, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Tindakan kompaun boleh dikenakan dengan serta-merta sekiranya mereka didapati bersalah bagi menjimatkan masa dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, siasatan lanjut boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu sama ada di bawah Akta 342 atau Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Astro Awani

Destination: 
Artikel berkaitan