SpyGuy Keluarkan Sebuah Alat Mengesan Kamera Tersembunyi

TERKINI
November 11, 2019 - 04:02 PM


Sejujurnya, kejadian atau perbuatan merakam penghuni menggunakan kamera tersembunyi oleh pengusaha penginapan bukanlah perkara yang asing lagi hari ini. Sejak kebelakangan ini, semakin banyak laporan tentang adanya kamera tersembunyi dikeluarkan.

Kami turut berkongsi cerita yang sama berlaku di Korea pada Mac lalu. 

Menurut suatu survey yang dijalankan terhadap 2,000 tetamu di AirBnb, 58 peratus amat risau sekiranya unit Airbnb mereka mempunyai kamera yang tersembunyi dan ternyata ia merupakan suatu masalah dan jenayah yang serius.

Boleh dikatakan kebanyakkan media utama pernah melaporkan kes kamera ‘spy’ tersembunyi ini di hotel, Airbnb, tandas dan lain – lain.

Antara fav 'spot' kamera tersembunyi

Kalau kita buat pencarian di Google, ada banyak produk berkaitan untuk mengesan kamera tersembunyi dan ada juga aplikasi. Cuma tak pasti berkesan atau tidak sahaja.

Terbaru, sebuah syarikat startup SpyGuy telah melancarkan Scout, sebuah pengesan kamera tertutup yang menggunakan LED berkuasa tinggi yang akan memantulkan cahaya pada lens kamera tersembunyi.

Penjelasan mudahnya adalah, setiap jenis kamera mempunyai sinaran infra merah yang tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar, jadi suluhan menggunakan LED berkuasa tinggi akan 'mengkantoikan' kamera tersebut. 

Menurut laman web SpyGuy, Scout boleh mengesan apa sahaja jenis kamera tertutup yang digunakan. Buat masa ini, ia dijual pada harga 100USD (RM415 +/-).

p/s : Pada kami, benda ni bagus kegunaannya cuma… macam kami cakap awal-awal tadi, ada banyak lagi pilihan kalau rajin mencari.