Sayur Segar Dari Cameron Boleh Dibeli Di Lazada, Order Hari Ini, Esok Sampai!

TERKINI
March 31, 2020 - 08:08 AM


Sejujurnya, banyak golongan yang terkesan sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Salah satu yang terjejas teruk adalah pekebun dan pengeluar sayur di Cameron Highlands.

Disebabkan pergerakan yang terhad; selain waktu operasi pasar yang turut terkawal, bekalan sayur boleh dikatakan berlebihan dan setiap hari; peladang di Cameron terpaksa membuang bertan-tan sayur kerana rosak dan ini menyumbang kepada pembaziran yang amat tinggi.

Tetapi, atas satu inisiatif oleh Lazada, anda kini boleh membeli sayur dari pekebun dan peladang di Cameron secara direct melalui platform mereka. Difahamkan, pihak Lazada telah mengaturkan pasukan logistic dan teknikal bagi melancarkan inisiaf yang secara tidak langsung dapat memastikan sayur – sayur segar ini boleh dijual tanpa ada pembaziran.

Difahamkan, jualan bermula semalam (30 Mac) dan sayur – sayur ini dijual mengikut jenis dan dibahagikan dalam kotak seperti berikut :

Box A – Suitable for Salads

Box B – Suitable for Stir Fry

Box C – Suitable for Stir Fry and Salads

Box D – Suitable for Stir Fry and Fermented Vegetables

Box E – Suitable for Stir Fry, Fermented Vegetables and Kimchi

SENARAI PRODUK/ SAYUR YANG DIJUAL

Anda boleh baca deskripsi produk yang disediakan di Lazada. Sebagai contoh, untuk kotak A; anda akan menerima Green Coral & Red 1 KG, Brokoli 300 g, Tomato Ceri 500g, Timun 1kg,French Bean 350g dan Baby Romaine 500g. Ini semua sesuai untuk digunakan untuk 2 hingga 3 kali hidangan untuk 4 orang.

Harga sekotak bermula dari RM 30 dan kos penghantaran adalah RM12. Buat masa ini, penghantaran dan pesanan hanya diterima untuk jarak 30 kilometer dari hab penghantaran iaitu di Ara Damansara dan tertakluk kepada slot penghantaran. 

Jadi, kami nasihatkan anda chat dahulu untuk mendapatkan kepastian sama ada penghantaran dibuat atau tidak ke kawasan anda.

Setakat ini, apa yang kami perhatikan, orang ramai sudah mula meninggalkan review positif, sayur masuih segar, cara pembungkusan yang bagus dan lain - lain. Contoh produk yang sampai :

Senarai sayur yang boleh anda dapatkan ada di sini.