Viral Telur Pontianak, Menu Hidangan 'Simple' Di Indonesia
TERKINIDengar nama telur pontianak sahaj dah buat kita semua tergaru kepala menanyakan maksud di sebalik nama itu. Rupanya telur pontianak tu cuma lah kombinasi nasi putih, kicap dan juga telur goreng mata. Kita rakyat Malaysia mesti sudah kenal kerana ianya santapan kita semua paling mudah disediakan.
Bagi sesetengah orang mungkin lauk ini biasa sahaja, ada orang kata ini lauk bujang. Tapi 'lauk bujang' ini yang menjadi pilihan ramai. Tapi tidak sangka menu special menjadi begitu popular dan kegemaran penduduk di sekitar Pontianak, Indonesia.
Satu video review makanan yang dimuat naik oleh Youtuber Indonesia, Nex Carlos, telah viral, di sebuah restoran yang terletak di Pontianak, Kalimantan. Nama restoran itu, Restoran Ayong 999 telah meraih begitu banyak kunjungan pelanggan kerana nasi telur goreng kicap special atau 'Telur Pontianak' dan menjadi satu menu special semenjak tularnya video itu.
Restoran ini telah wujud selama 25 tahun dan dibuka pada pertengahan tahun 1996. Namun, ia telah popular sejak 2 tahun yang lalu setelah orang utan mula menyedari rasa nasi goreng kicap di restoran ini yang berharga RM1.70 bersamaan 6000 rupiah.
Mesti pelanggan yang datang tertanya-tanya pada keistimewaan Nasi Telur Pontianak ini. Istimewanya menu ini ada pada rasa keenakan kicap yang diubahsuai oleh pemilik restoran itu. Bagaimana lainnya kicap beliau dengan kicap yang kita guna.
Resipinya mudah sahaja, segala bahan ada di dalam rumah korang. Mari lihat apa sahaja menu yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Telur (goreng style mata kerbau)
- Nasi (mengikut saiz hidangan anda)
- 6 ulas bawang putih (dikisar kasar)
- 2 sudu makan kicap masin (mengikut kemahuan)
- 6 sudu makan kicap manis
- 1/4 sudu teh lada sulah (secukup rasa)
- Minyak
Cara-cara membuat kicap bawang putih:
-
Kisarkan bawang putih. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga menjadi perang-keperangan. Angkat bawang putih lalu asingkan ke dalam mangkuk.
-
Dalam mangkuk yang sama, masukkan bahan seperti kicap masin, kicap manis dan lada sulah mengikut sukatan. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata dan ketepikan.
Cara-cara hidangan:
- Panaskan sisa minyak goreng bawang putih dan gorengkan sebiji telur mata. Apabila telur hampir masak, tuangkan satu sudu makan kicap bawang putih ke atas telur.
- Biarkan telur masak seketika bersama kicap. Kemudian siap dan enak dimakan bersama nasi panas.
kredit gambar - TwtKuatMakan (Twitter)
Senang je kan nak buat Nasi Telur Pontianak ini. Lepas ni kalau dah tak tahu nak masak apa, buat je Nasi Telur Pontianak. Lagi-lagi yang bujang, resipi dah ada, jangan cakap abang payung! Selamat mencuba!
Sumber: The Vocket