Seorang Kartunis Yang Menghina Nabi Muhammad Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya

TERKINI
October 04, 2021 - 12:24 PM


SEORANG kartunis yang berasal dari Sweden, Lars Vilks dilaporkan terbunuh dalam kemalangan jalan raya selepas kereta kereta polis yang dinaikinya bertembung dengan sebuah trak berdekatan bandar Markaryd di selatan Sweden.

Dua anggota polis yang tutut bersamanya turut terkorban manakala pemandu trak berkenaan dibawa ke hospital untuk rawatan. Vilks, 75 tahun, sebelum ini mencetuskan kemarahan umah Islam di seluruh dunia selepas melukis gambar Nabi Muhammad dan terpaksa hidup di bawah perlindungan polis selepas berdepan ugutun bunuh susulan tidakannya yang mencetuskan kontroversi. Lukisan kartun yang dihasilkan pada 2007 tersebut dikritik ramai kerana ianya diibaratkan seperti mencerca Nabi Muhammad.

Pasangan Vilks mengesahkan kematiannya kepada akhbar tempatan, Dagens Nyheter namun pihak polis setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang keterangan berhubung mangsa nahas tersebut.

Lukisan kartun Vilks tersebut mencetus kontroversi dan pelbagai reaksi dari pemimpin seluruh dunia. Ia menyebabkan kartunis tersebut dikecam hebat dan turut mendapat ugutan bunuh. Perdana Menteri Sweden, Fredik Reinfeldt, terpaksa bertemu duta besar dari 22 negara islam dalam usaha meredakan keadaan. Malah, Al-Qaeda di Iraq menawarkan ganjaran AS100,000 atau RM417,000 kepada sesiapa yang dapat membunuhnya.

Pada 2015, Vilks menghadiri perdebatan mengenai kebebasan bersuara yang menjadi sasaran serangan senjata api di Copenhagen sehingga menyebabkan seorang pengarah filem terbunuh dalam upacara tersebut.

Destination: