[VIDEO] "Takkan Reverse Tak Dengar Bunyi Bang Ooii!" - Kereta Undur Laju Rempuh Kanak-Kanak

TERKINI
September 06, 2023 - 04:40 PM


Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri mengalami cedera ringan selepas dirempuh sebuah kereta yang mengundur laju secara tiba-tiba di sebuah kedai haiwan di Puncak Alam, Selangor, semalam.

Menurut rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.34 petang, kanak-kanak perempuan tersebut sedang bermain di hadapan kedai.

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan kenderaan berwarna kuning mengundur dengan laju dan merempuh kanak-kanak serta kedai di belakangnya.

Wanita dipercayai ibu kanak-kanak tersebut yang memakai pakaian berwarna kelabu dilihat berlari cemas dan panik ingin menyelamatkan anaknya yang dirempuh.

Kelihatan orang ramai sekeliling juga menjerit ke arah pemandu yang kelihatan terpinga-pinga setelah keretanya merempuh kedai terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, kanak-kanak tersebut difahamkan sedang menerima rawatan di hospital akibat luka disebabkan terkena kaca pintu cermin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang wanita dipercayai ibu saudara kepada salah seorang kanak-kanak itu, dikenali sebagai @atykahsyazwanii.

“Ini kedai abang saya dekat Puncak Alam, budak lelaki itu anak saudara saya dan budak perempuan itu kawan dia, tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Kanak-kanak perempuan itu dirawat di hospital sekarang, situasi dia tak tahu lagi tapi berdasarkan rakaman CCTV nampak dia selamat.

“Mangsa dah jalani pemeriksaan imbasan (CT Scan) dan semuanya selamat, cuma ada kesan lebam di kaki dan luka sebab terkena kaca pintu,” ujarnya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: