JDT "Belanja" 400 Tiket Untuk Fans Selangor Bagi Aksi Pertemuan Pertama Musim Ini!

VIRAL
June 20, 2022 - 05:09 PM


Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka telah menyediakan 400 tiket kepada Selangor FC untuk perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Jun nanti.

Perlawanan yang berlangsung pada pukul 8.15 malam ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dan para penyokong setia Selangor tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan menentang juara bertahan ini.

Menurut kenyataan rasmi, pihak pengurusan Selangor telah meminta 300 tiket ‘away’ tetapi JDT telah menyediakan 400 tiket bagi menarik lebih ramai kehadiran penyokong pasukan pelawat di Stadium berkelas dunia itu.

Pertembungan kedua-dua pasukan gergasi tanah air ini sentiasa menjadi tumpuan dan pasti penuh dengan pelbagai drama,kontroversi dan mutu bola sepak yang tertinggi.

Sumber: The Vocket

Destination: