Setelah Penantian 42 Tahun, Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023! Nikmati Momen Istimewa Sepanjang Perlawanan!

TERKINI
June 15, 2022 - 12:21 PM


Malaysia mencatatkan sejarah baharu dengan menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas menewaskan Bangladesh, 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan diraih anak didik Kim Pan Gon ini meletakkan Malaysia selaku naib juara Kumpulan E dan berada dikalangan lima terbaik dari enam kumpulan.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyifatkan kejayaan Malaysia menamatkan penantian 43 tahun ke Piala Asia tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan semua pihak dan sokongan padu peminat, pemilik kelab dan kerajaan.

Jom kita nikmati semula momen-momen menarik sepanjang perlawanan Malaysia menentang Bangladesh!

Destination: