Abu Dhabi Bakal Anjurkan Squid Game Tanpa Hukuman Kejam Dan Keganasan

TERKINI
October 11, 2021 - 10:46 PM


Siapa je yang belum tengok Squid Game? Siri Korea di Netflix yang kini menduduki carta nombor 1 platform penstriman tersebut. 

Bagi yang tidak mengenali Squid Game, siri ini mengandungi 9 episod, mengisahkan 456 orang pemain yang dipilih oleh penganjur misteri untuk bermain 6 jenis permainan kanak-kanak. 

Kesemua peserta yang terpilih adalah daripada golongan yang hidup mereka dibelenggu hutang, jadi mereka diberikan peluang untuk bermain dan pemenang akan membawa pulang sejumlah wang tunai yang bakal merubah hidup mereka.

Tetapi, yang kalah akan ditembak mati. 

Kini, permainan yang diadaptasi dari siri ini bakal dianjurkan secara sebenar oleh Pusat Kebudayaan Korea di Abu Dhabi... tapi tanpa perlu menembak dan mencederakan orang lain lah, hehe. 

Pengarah Pusat Kebudayaan Korea, Nam Chon-woo menjelaskan bahawa para peserta akan mengenakan pakaian yang sama seperti peserta siri Squid Game, sementara staf akan mengenakan pakaian serba merah dengan topeng muka bulat, segi tiga dan petak.

Beliau menjelaskan acara tersebut diadakan untuk memperkenalkan budaya dan permainan kanak-kanak yang mereka mainkan kepada masyarakat Emiriah Arab Bersatu.

“Sama seperti K-Pop yang mendapat populariti di seluruh dunia melalui Youtube sekitar 2010, saya rasa Netflix akan menjadi saluran untuk menyebarkan kandungan video Korea secara global seperti drama dan filem.” Ulas Nam.

Difahamkan 4 permainan yang bakal ‘menguji’ para pemain dalam siri Squid Game Abu Dhabi, sebenarnya telah pun dimainkan dalam siri popular tersebut, termasuklah lampu hijau lampu merah, batu lompatan kaca, guli dan ttakji.

Malah siri ini juga akan memperlihatkan permainan tradisi Korea yang lain, seperti Dalgona. Berbeza dengan Squid Game di Netflix, tiada hadiah wang tunai yang dipertaruhkan.

Destination: