Tuan Kepada No Telefon Dalam Siri Korea Squid Game Diganggu Orang Ramai

TERKINI
September 28, 2021 - 04:59 PM


Seorang wanita yang tiada kena mengena dengan pihak produksi Squid Game diganggu dengan ribuan panggilan dan mesej selepas no telefon miliknya dipaparkan dalam siri yang hangat diperkatakan itu secara kebetulan.

Dalam siri tersebut, no telefon tersebut adalah milik watak yang dibawa oleh bintang terkenal Korea Gong Yoo.

Netflix menegaskan bahawa mereka akan cuba menyelesaikan masalah tersebut bersama dengan mangsa keadaan itu. Namun, pihak Netflix dikecam hebat kerana pada awalnya mereka hanya menyatakan maaf terhadap mangsa dan tidak berupaya untuk membantu dan hanya ada satu cara iaitu tuan no tersebut mungkin terpaksa menukar no telefon yang baru.

Namun, wanita tersebut telah menggunakan no tersebut selama 20 tahun dan no itu jugalah yang beliau gunakan untuk bisnes kecil. Insiden yang tak disangka akan berlaku ini ternyata menyukarkan wanita tersebut untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Setelah dikecam teruk oleh orang ramai, Netflix menawarkan pada mulanya menawarkan ganti ganti rugi kepada wanita tersebut sebanyak 1 juta won untuk menukar no telefon, 5 juta won kini ditawarkan kepada untuk memulihkan keadaan.

Destination: