'Shibuya Crossing' Jepun Kini Di Bukit Bintang

TERKINI
June 21, 2021 - 04:15 PM


Sesiapa yang pernah pergi Jepun mesti pernah ada pengalaman lalu di "Shibuya Crossing" yang menjadi satu fenomena dunia. Shibuya Crossing terkenal dengan 'gangguan' yang luar biasa yang berlaku setiap kali lampu isyarat berubah menjadi merah, menghentikan semua kenderaan ke setiap arah untuk membolehkan gelombang pejalan kaki yang besar membanjiri persimpangan selama beberapa saat.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana keadaan di 'Shibuya Crossing".

Walaupun tidak dapat merasai sekarang perjalanan ke Jepun kerana pandemik, kini DBKL merealisasikan impian korang dengan melaksanakan scramble pedesteian di persimpangan Bukit Bintang yang bermula 17 Jun.

Menurut DBKL, penyeberangan pejalan kaki yang baru akan mengoptimumkan kemampuan berjalan kaki di kawasan pejalan kaki dengan lalu lintas tinggi. Bukan hanya ini akan memberi kemudahan yang lebih besar kepada pejalan kaki tetapi juga meningkatkan keselamatan jalan raya juga.

Daripada menunggu banyak perubahan cahaya, sistem baru akan menghentikan semua lalu lintas kenderaan dari semua arah, yang membolehkan pejalan kaki dapat melintasi lurus dan menyerong pada masa yang sama.

Telah siap dan dikuatkuasa pada 19 Jun, sabtu lalu dan merupakan spot wajib buat para pelancong untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Tak lengkap lah kalau tak bergambar di sini betul tak?

Sesiapa yang tak pernah berada di negara matahari terbit itu, kini anda boleh merasai momen indah yang lebih kurang sama di laluan pejalan kaki yang bakal dibuka ini. Feeling sikit lepas ni nak ambil gambar di bukit bintang, yang penting kita berada di tanah air kita sendiri yang ada keunikan tersendiri. 

Ajak rakan-rakan korang atau family selfie di Shibuya Crossing Bukit Bintang!

Sumber: Buzzkini, Malaymail