Stop! Anda Mungkin Berfikir Banyak Kali Untuk Gunakan Poket Tempat Duduk Pesawat Selepas Ini!
TERKINIWalaupun menjadi pilihan ramai terutamanya perjalanan keluar negara, menaiki pesawat sebenarnya bukan sesuatu yang menggembirakan. Kaki boleh membengkak, telinga hilang pendengaran dan ada sesetengah kes, anda mungkin menangis disebabkan tekanan tinggi.
Jika sebelum ini, umum ketahui bahawa tempat paling banyak ‘menyimpan’ kuman adalah di bakul atau bekas meletakkan barangan di tempat pemeriksaan keselamatan.
Seorang pramugari baru – baru ini mendedahkan, supaya tidak menggunakan poket penyimpanan barangan di dalam pesawat atas sebab yang sama dan sebuah posting di Reddit mendedahkan ada pelbagai ‘benda asing’ yang pernah ditemui di ruangan tersebut termasuklah seluar dalam! Euw!
Selain itu, ujian swab turut mendedahkan tempat paling banyak mempunyai bakteria dan kuman ialah di penyandar kepala, kepala tali pinggang keselamatan, meja dan pemegang pintu tandas.
Pesawat dan lapangan terbang merupakan tempat yang paling banyak kuman dan penyakit mampu tersebar melalui udara yang dikitar semula dan permukaan – permukaan yang ada di airport seperti kerusi, meja, pemegang pintu dan lain – lain. Ditambah pula musim COVID-19 ini, sebaiknya digalakkan untuk menjaga kebersihan diri sebaik mungkin.
Nampaknya, selepas ini anda perlu lebih berhati – hati dan menjaga kebersihan diri ketika dalam pesawat. Sekiranya tidak perlu, elakkan menggunakan poket tersebut untuk menyimpan barangan anda.
Sertai Kaji Selidik Kami Berkenaan Percutian dan Covid -19 Ini!