"Kenapa Jet Tu Tak Bergerak?" - Orang Ramai 'Kagum' Sekumpulan Pemuda Dah Jadi Kaya
TERKINIRamai warga belia dan orang muda ingin jadi dan kelihatan kaya di media sosial serta berebut nak tunjukkan kemewahan. Ramai juga yang buat konten pelik-pelik untuk tarik orang ramai jadi kaya seperti mereka.
Baru-baru ini netizen berasa geli hati apabila melihat satu video yang menunjukkan sekumpulan forex trader tayang kereta mewah dan jet peribadi untuk mempromosikan kelas Forex masing-masing.
Nak dijadikan cerita, mereka menggunakan kereta mewah yang sama seperti Aston Martin Vantage, Nissan GTR R35, Range Rover dan Lamborghini Huracan yang sama. Bukan setakat jenis kereta, jet yang digunakan pun sama walaupun walaupun berlainan video.
@user_error2021 KANTOI…Fighter la sangat..sewa kapal terbang sama2 lpastu rmai2 shoot, dah la kapal terbang tu xterbang pun…lg 1 yg pegi mall space u8 tu buat ape? Dlm tu ade mr diy je 😂😂
♬ original sound - Unknown - Kaki Komen ✍️
Ramai yang beranggapan mereka ini sewa beramai-ramai jet berkenaan serta kereta-kereta mewah dan buat konten masing-masing. Yang buat orang ramai geli hati apabila konten-konten tersebut di-upload serentak. Memang jelas kantoi.
Lebih membuatkan netizen terhibur apabila terdapat satu babak di mana mereka meletakkan kereta mewah limosin di kawasan parkir Space U8, satu pusat komersil Shop Unit Mall Office (SUMO) yang jarang menerima pengunjung.
Ramai juga yang persoalkan apa keperluan mereka membawa sejumlah wang yang 'berkepuk-kepuk' ketika bermesyuarat. Padahal zaman sekarang ramai yang menggunakan transaksi secara digital.
"Terbaik tuan. Yang penting lepas sewa, pulang dalam keadaan asal ye. Minyak pastikan 1 bar sama dengan waktul ambil" seloroh King Stone di TikTok.
"Kalau semua dapat 1 juta dalam 6 bulan, senangnya rakyat Malaysia takyah kerja siang malam. Duduk rumah goyang kaki pun dah dapat duit" komen Meon161.
Netizen menasihati agar orang ramai berwaspada jangan terjerat dengan apa-apa pelaburan berunsur skim cepat kaya dan skim piramid.
Kereta mewah dan jet peribadi boleh disewa untuk jadikan konten, namun duit downline yang melabur belum tentu boleh dapat hasil seperti yang dijanjikan.
Baik jadi macam min, tak ada masalah pergi kerja dan balik kampung pakai Iswara asalkan geran di tangan!
Sumber berita : The Vocket