100,000 Rakyat Malaysia Desak KPM Tangguh Pembukaan Semula Sekolah September Ini

TERKINI
August 12, 2021 - 04:48 PM


Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat satu pengumuman bahawa sekolah bakal dibuka semula pada 1 September 2021 dan pengumuman tersebut telah membuatkan ramai netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati, terutama sekali ibu bapa. 

Satu petisyen dalam talian dilancarkan bagi mendesak (KPM) menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September itu, dan petisyen yang bermula pada Ahad itu menyasarkan 100,000 rakyat Malaysia dan setakat jam 3 petang Selasa, petisyen berkenaan meraih sebanyak 4,736 tandatangan.

Antara faktor utama desakan tersebut adalah ebimbangan ibu bapa terhadap risiko penularan jangkitan sekiranya sesi persekolahan dibuka seperti dijadualkan, memandangkan kes jangkitan harian kini berada di kadar yang amat tinggi, serta kedatangan varian virus baru yang lebih merbahaya. 

Antara yang menandatangani petisyen tersebut turut berkata, "Jangan biarkan lebih banyak 'darah' tumpah terutama guru dan pelajar,” dan seorang wanita berkata, dia tidak bersedia menghantar anak- anaknya ke sekolah kerana mereka belum menerima vaksin.

Mereka lebih setuju sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu diteruskan sehingga akhir tahun ini, kerana PdPR telahpun berjalan secara atas talian sepanjang tahun, jadi menurut mereka, tiada gunanya untuk diteruskan juga secara fizikal sekiranya keadaan tidak beransur pulih.