Guru Enggan Divaksin Tidak Dibenarkan Mengajar, Bakal Dipindahkan Ke Negeri Lain

TERKINI
October 04, 2021 - 10:33 AM


Para ibu bapa mesti menantikan apakah tindakan Kementerian Pendidikan terhadap guru-guru yang enggan divaksin. Ini kerana sekolah bakal dibuka tidak lama lagi dan kebanyakan ibu bapa risau akan keselamatan anak anak mereka.

Jawapannya adalah golongan guru yang enggan menerima vaksinasi COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar murid secara bersemuka.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, kementerian tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan berkenaan sebagai langkah untuk melindungi pelajar.

Beliau berkata, sehingga kini masih terdapat sekitar 2,000 guru yang enggan divaksin di seluruh negara.

“Kita tidak ada pilihan kerana kalau tidak (sesi) pengajaran akan terjejas. Sebab itu kita buat ketetapan bahawa guru-guru ini (tidak ambil vaksin) perlu dibawa keluar.

“Ke mana kita akan letakkan mereka? Semestinya mereka tidak akan mengajar secara bersemuka. sebab itu akan ada pertukaran sama ada dalam negeri ataupun ke luar negeri mereka untuk memastikan supaya perjawatan yang ada tu tak terjejas,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau sesi persekolahan secara bersemuka di Sekolah Menengah Sains Dungun di sini, pada Ahad.

Radzi turut melakukan tinjauan di beberapa sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan
vaksin COVID-19 sebelum 1 November ini.

Golongan guru merupakan antara 16,902 orang penjawat awam yang diminta hadir menerima vaksin secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan kerajaan.

Destination: