15 Kawasan Riadah Air Ini Dikategorikan Sebagai "Hot Spot" Oleh Bomba!

PANAS
January 29, 2020 - 04:28 PM


Bila setiap kali musim cuti sekolah atau hujung minggu, mesti ramai ibu bapa yang suka bawa anak-anak beriadah atau berpiknik ke tempat rekreasi air yang ada di negara kita.

Maklumlah Malaysia, kan banyak lokasi semulajadi seperti air terjun, sungai, tasik dan pantai yang indah-indah serta sejuk airnya untuk aktiviti mandi-manda.

Tetapi, tahukah anda bahawa di seluruh negara sebenarnya terdapat 15 kawasan panas atau "Hot Spot" yang mempunyai risiko tinggi untuk berlaku kes mati lemas yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia?

Berikut adalah senarai 15 kawasan "Hot Spot" yang harus kita elak atau lebih berhati-hati sekiranya berkunjung ke sana untuk melakukan aktiviti air bersama keluarga terutama anak kecil :-

KAWASAN AIR TERJUN

Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor

Sekayu, Terengganu 

Lata Berembun, Raub, Pahang

Chamang, Bentong, Pahang

KAWASAN SUNGAI

Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah

Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor

Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan

Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor

KAWASAN PANTAI

Pantai Nipah, Bachok, Kelantan

Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

Teluk Bahang, Pulau Pinang

KAWASAN LOMBONG/EMPANGAN

Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor

Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor

Bila dah tahu semua senarai lokasi riadah yang berbahaya di atas, andai kata anda tetap nak pergi pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan apa-apa pun utamakan keselamatan diri melebihi segalanya ya.

Sumber: KPKT Malaysia

Destination: