2 Video Individu 'Cacat Otak' Persenda OKU Cetus Kemarahan Netizen!
TERKINISejak sehari dua ini netizen berasa marah dan cukup kecewa dengan penularan video viral beberapa individu yang didakwa mempersendakan orang kelainan upaya (OKU).
Tindakan tidak bermoral itu disifatkan netizen sebagai biadap serta mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat termasuk mendapat perhatian Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Kekecohan itu pada mulanya tercetus apabila tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang pemuda yang berpura-pura berlakon sebagai OKU semata-mata mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Tindakan pemuda itu kemudiannya mendapat perhatian Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberikan amaran dan menuntut permohonan maaf daripada dua lelaki berkenaan menerusi sebuah video di Instagramnya.
Selang sehari kemudian, ada lagi video kali ini memaparkan 2 individu wanita melakukan perkara sama.
Menerusi perkongsian sebuah akaun di laman Twitter -- dua wanita yang lengkap berpakaian sukan berbasikal berserta helmet itu dilihat berjalan umpama individu cacat ketika memasuki tandas yang dikhaskan buat golongan OKU.
iyaaa lawakk. sangat lawak yaa. pic.twitter.com/t3YcuRnhEa
— flaawehh (@farrashafeka) December 8, 2021
Video berdurasi sembilan saat itu dipercayai diambil dari aplikasi TikTok sebelum mula tersebar di laman Twitter.
Ia dipercayai dirakam oleh seorang lagi individu wanita berdasarkan hilai tawa yang kedengaran di video tersebut.
Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar video itu dirakam.
Justeru, rata-rata netizen mengecam sikap dua wanita terbabit yang dianggap tidak sensitif dan menghina OKU.
Tidak kurang juga yang menganggap kedua-dua wanita terbabit sebagai individu yang tidak peka dengan kesusahan yang dihadapi oleh golongan itu.
P/S: Orang kata biar cacat fizikal tapi jangan 'cacat otak'. Memalukan betul manusia yang 'kurang cerdik & kurang berperikemanusiaan' macam ni!
Sumber: Malaysia Gazette