3 Kawasan Di Selangor Dilabel Zon Merah Covid-19, Tertinggi Di Semenanjung

TERKINI
March 23, 2020 - 09:37 AM


Mula di kesan di Malaysia pada 24 Januari, wabak Covid-19 yang telah diistiharkan sebagai Pandemik oleh WHO kini telah meragut 10 nyawa dan sehingga semalam (22 Mac), terdapat 1306 kes positif dan 139 kes telah pulih.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan infografik jumlah keseluruhan taburan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia (sehingga 21 Mac, 12 tengah hari) dan mana – mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih dari 40 kes dikelaskan sebagai zon merah.

 

Setakat 12 tengah hari semalam (22 Mac), enam kawasan atau daerah dari seluruh negara telah dilabelkan sebagai zon merah Covid-19 dan mengikut taburan kes tertinggi, berikut adalah daerah dan kawasan yang telah dilabelkan sebagai zon merah :

  • Petaling Jaya – 96 kes
  • Lembah Pantai – 90 kes
  • Hulu Langat – 75 kes
  • Johor Bahru – 75 kes
  • Seremban – 42 kes
  • Titiwangsa – 41 kes

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kawasan ini dilabelkan sedemikian bagi pihaknya menumpu kepada daerah dan kawasan yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal.

Sementara itu, Perintah kawalan Pergerakan memasuki minggu ke-2 dan ingin dingatkan supaya orang awam tidak keluar dari rumah melainkan urusan penting seperti mendapatkan bekalan makanan, ubat – ubatkan dan lain – lain.

Dinasihatkan juga untuk #DudukRumah dan patuhi perintah yang dikeluarkan selain mengikuti saranan kesihatan yang dikeluarkan seperti ‘social distancing’, sentiasa membasuh tangan menggunakan air dan sabun dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Untuk mereka yang keluar mendapatkan bekalan, amalkan langkah – langkah berikut bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

 

Destination: