Rindu Lah Nak Beraya! 5 Tradisi Raya Aidilfitri Yang Semakin Pupus

TERKINI
May 10, 2021 - 06:06 PM


Zaman semakin moden, sambutan raya juga semakin berlainan. Pada siapa yang dapat merasai sambutan raya 20 atau 50 tahun yang lepas pasti melihat sendiri perubahan edaran zaman.

Dah banyak perubahan tanpa kita sedar, dulu zaman atuk nenek lain, zaman sekarang lagi lah.

Kalau korang perasan, banyak tradisi sudah tidak lagi diamalkan. Berikut adalah antara 5 lima tradisi yang 'trending' dahulu.

1. Hantar Kad Raya

Kad raya sememangnya popular ketika dahulu. Kad raya dijadikan sebagai satu bukti kita mempunyai ramai sahabat handai serta kelaurga jarak jauh.

Belum lagi kalau dapat kad dari orang ternama. Mak ayah siap gantung lagi kat dinding, nak bagi orang datang raya rumah nampak lah keluarga ni dapat kad dari orang kenamaan. 

Beza dah sekarang, mana lagi nak tengok orang gantung kad-kad raya di dinding rumah. Orang sekarang lebih selesa hantar mesej dan emoji je. 

Dapat mesej dengan dapat kad lain rasanya. Rasa seronok sentuhan peribadi kita hantar ke rakan, menjadi satu kenangan manis.

2. Buat kuih bersama keluarga 

Dulu kalau kat kampung mesti ada pengalaman buat kuih bersama mak atau nenek. Resepi kalau nenek atau mak yang buat pasti jadi rebutan saudara mara. 

Kalau kita buat sendiri, belum tentu nak telan sedap ke tak. 

Orang sekarang lebih selesa beli kuih, lagi-lagi zaman sekarang kebanyakan dah ada kemampuan. Kalau beraya ke rumah orang, dapat kuih sama. Rumah orang lain pun kuih yang sama. Rumah sendiri bagi kuih yang sama kepada tetamu. 

3. Pasang pelita 

Zaman dahulu kalau nak buat pelita, mereka akan pakai tin susu kosong. Hasil memang kurang kemas tapi akan rasa puas bila rumah dihiasi cahaya pelita. Generasi lama dah dapat rasa buat DIY. Kita sekarang zaman beli kat kedai atau di mall.

Sekarang nak beli murah je, boleh didapati di kedai barang serbaneka. Siap ada kayu pancang untuk di gantung dan pelita sekarang diperbuat daripada plastik.

Selepas dah siap tong pelita kosong, tinggal di isi dengan minyak tanah. 

4. Fenomena Rancangan 'Sampaikan'

Setiap tahun menantikan aidilfitri, kita akan menantikan dengan satu rancangan untuk di tontoni bersama keluarga. Rancangan yang diberi 'Sampaikan' ini, ada diterbitkan semula tetapi tak sama macam rancangan dulu. Lain vibe dia.

'Sampaikan' ini adalah peneman sebelum ada teknologi, untuk menyampaikan ucapan salam rindu dari orang jauh. Durasi rancangan agak terhad, tak semua pesanan dapat di udarakan.

Sambil itu, ada juga artis-artis mendendangkan lagu raya, diselang-seli dengan ucapan salam.

5. Sanak Saudara Berkumpul Dalam Satu Rumah

Dulu-dulu rajin berkumpul di rumah atuk dan nenek. Sanak saudara yang jauh datang dari dalam Malaysia, ada juga yang duduk luar negara terus balik ke rumah keluarga. 

Tapi sayang, makin berkurangan yang nak buat sedemikian. Ada adik-beradik mak ayah mesti nak tidur hotel. Katanya takut atuk dan nenek tak selesa dengan kerenah cucu.

Kan lagi elok bising di rumah atuk nenek, bila lagi mereka nak ada orang riuh rendah di rumah mereka. Raya cuma setahun sekali, balik pun kadang kala sekali sahaja.

Jika ada keluarga yang meneruskan tradisi sebegini, teruskan! Jangan pernah putus tradisi sebegini. Orang bahagia, kita rasa gembira. Tak ke seronok raya macam tu, ceria je hari korang.

Tapi kalau tak dapat balik juga, jangan lupa call atuk nenek, tanya khabar.

Sumber: Iluminasi