1 Mei Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Di 29 Lokasi Seluruh Negara!
TERKINITarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan -- Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu :
- Pontian Kecil, Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan
- Bukit Melawati, Bukit Jugra, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor
- Pantai Pasir Panjang Manjong di Perak
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
- Kampung Pulau Sayak Kuala Muda
- Pemandangan Indah Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar di Kedah
- Bukit Besar Kuala Terengganu
- Bukit Geliga Kemaman
- Pulau Perhentian Besut
- Balai Cerap KUSZA di Terengganu.
- Bukit Peraksi Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Kelantan
- Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu
- Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching & Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
- Balai Cerap Al-Biruni, Putatan dan Menara Universiti Malaysia Sabah
- Kampus Antarabangsa Labuan
- Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang dan Bukit Pelindong, Pahang
- Menara Kuala Lumpur
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
- Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Sumber: Bernama