8 Penjelasan Mantan PM8 Tentang Kos RM38.5 Juta Baik Pulih Seri Perdana

TERKINI
September 30, 2021 - 06:34 PM


Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan berhubung kerja-kerja baik pulih Kompleks Seri Perdana yang diakui mendapat kelulusan semasa pentadbiran beliau.

Isu tersebut telah dibangkitkan dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen, malah dijadikan isi perbahasan di Parlimen apabila kepentingan pelajar B40 tidak diletak sejajar.

Berikut penjelasan kenapa kerja-kerja baik pulih terhadap bangunan berusia 20 tahun itu perlu dilakukan:

  1. Kerosakan melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta.
  2. Keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang.
  3. Kerosakan perabot built-in, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.
  4. Pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin perlu dibaik pulih kerana telah terlalu usang.
  5. Sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.
  6. Perolehan perabot dibuat memandangkan kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.
  7. Sebahagian besar daripada kos membaik pulih Seri Perdana adalah melibatkan kerja-kerja binaan, pendawaian elektrik dan mekanikal.
  8. Memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi Ketua Kerajaan dan imej negara ini kepada keadaannya yang asal.