Angry Birds Activity Park Di Johor Bakal Menamatkan Operasi Pada 5 April Ini

TERKINI
March 24, 2021 - 02:01 PM


Johor merupakan negeri yang penuh dengan lokasi menarik dan mempunyai pelbagai tarikan untuk seisi keluarga pergi bercuti di sana. Salah satu lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong adalah Angry Birds Activity Parks di Johor Bahru. Namun begitu, satu pengumuman sedih telah dibuat di laman Facebook rasmi Angry Birds Activity Parks.

Pengumuman yang dimaksudkan adalah penutupan lokasi tersebut setelah 6 tahun beroperasi. Memang tidak dapat dinafikan pandemik COVID-19 ini telah banyak menjejaskan perniagaan dan bisnes di negara kita, nampaknya satu lagi lokasi terpaksa ditutup akibat kekurangan pengunjung. Mereka akan melabuhkan tirai pada 5 April 2021.

Buat kebanyakan orang Johor, lokasi ini mempunyai banyak kenangan tersendiri lebih-lebih lagi bersama keluarga mereka. Siapa sangka maskot game terkenal dari US membuka taman aktiviti di KOMTAR JBCC kan? Berita ini mendapat reaksi yang sangat sedih daripada netizen yang sering mengunjungi lokasi tersebut bersama keluarga.

Jadi sebelum Angry Birds Activity Parks ini ditutup, korang masih lagi boleh mengunjungi lokasi tersebut buat kali terakhir. Dan ada juga promosi terakhir mereka yang akan dilansungkan sehingga 25 Mac 2021 pada harga:

  • Dewasa: RM25
  • Kanak-Kanak: RM35
  • 5 Beranak: RM140

Dengan harga tiket ni, korang bolehlah melawat tempat tu buat kali terakhir bersama keluarga ya.

Alamat: KOMTAR, Level 3, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 7 petang

Laman Web I Facebook

Destination: