Apa Beza Dengan PKP 1.0? Ini 9 Panduan Umum Total Lockdown
TERKINIBukan korang je, min sendiri pun agak keliru dengan terma total lockdown kali ini, sebenarnya apa beza dengan PKP 1.0 yang kita pernah ada bulan 3 tahun lepas? Kenapa tidak gunakan saja nama PKP dan laksanakan perintah yang sama, kan lebih senang untuk orang faham? Lagipun, PKP 1.0 sangat berkesan dan memang terbukti yang kita berjaya melandaikan lengkungan jangkitan dalam negara.
Tapi tak apa, itu tak penting sekarang, yang penting total lockdown kali ni sama seperti PKP 1.0 kita kena STAY AT HOME untuk kurangkan sekurang-kurangnya kontak dengan siapa-siapa. Total lockdown kali ini menyaksikan penutupan besar kebanyakan sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan perlu yang mana min akan senaraikan di bawah.
Sebelum itu, ini dia 9 panduan umum SOP total lockdown:
1. Hanya dua orang setiap isi rumah yang boleh keluar rumah. Orang ketiga hanya dibenarkan melakukan perjalanan bagi tujuan perubatan dan kecemasan.
2. Meninggalkan rumah hanya dibenarkan untuk yang berkerja di dalam perkhidmatan perlu dan yang perlu membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.
3. Dua orang satu kenderaan untuk teksi dan kereta e-hailing.
4. Perjalanan tidak melebihi 10km dibenarkan kecuali untuk tujuan perubatan.
5. Berjoging dan senaman individu dibenarkan di kawasan kejiranan tanpa sentuhan fizikal yang dibenarkan dengan jarak sosial 2 ke 3 meter.
6. Semua pusat jagaan kanak-kanak ditutup kecuali yang ibu bapanya pekerja barisan hadapan atau kedua-dua ibu bapa perlu bekerja.
7. Pusat membeli-belah ditutup, namun penyewa di dalam senarai perkhidmatan perlu boleh dibuka.
8. Solat di masjid dan surau terhad kepada 12 orang AJK masjid dan surau mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
9. Pengangkutan awam berfungsi dengan kapasiti 50 peratus.
*Sebarang perniagaan perkhidmatan penting hanya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Tetapi, ketetapan berbeza bagi perniagaan yang berikut:
- Pasar: 6 pagi - 2 petang
- Pasar tani: 6 pagi - 4 petang
- Pasar borong: 12 tengah malam - 6 pagi & 11 pagi - 4 petang
- Stesen minyak: 6 pagi - 8 malam kecuali 24jam untuk stesen lebuhraya.