Bakal Ada Kereta Api Berkelajuan Tinggi Dari Kuala Lumpur Terus Ke Bangkok?
TERKINIKereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Bangkok difahamkan kini dalam perancangan apabila kerajaan Malaysia dan Thailand akan mengadakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan projek ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perkara itu turut dipersetujui oleh rakan sejawatnya, Prayuth Chan o-cha dalam satu pertemuan di Rumah Kerajaan di Bangkok.
“Kami berbincang mengenai keperluan masa akan datang untuk membina kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Bangkok.
“Dalam hal ini, Malaysia dan Thailand bersetuju akan mengadakan kajian kebolehlaksanaan dan kita akan meminta kementerian serta jabatan yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera,” katanya.
Selain itu, dalam perbincangan yang sama, kedua-dua negara turut bersetuju untuk sentiasa bekerjasama dalam memastikan keselamatan di sempadan kedua-dua negara kekal selamat dan terpelihara.
Jika projek HSR Kuala Lumpur-Bangkok ini berjaya direalisasikan pada satu hari nanti, ia pasti akan memberi keuntungan dan kemudahan kepada kedua-dua negara.