"Pelik! Baru Niat Tapi Iklan Dah Keluar Dekat Fon" Ini Sebenarnya Yang Berlaku

TERKINI
June 14, 2022 - 05:40 PM


Banyak kali dah sebenarnya kita dengar pasal kebocoran data. Tapi kebanyakan kita ambil mudah. Terdapat satu ancaman yang berlaku di depan mata kita tanpa kita sedari. Antaranya penggunaan media sosial. Mesti pernah berlaku kan, tiba-tiba je keluar iklan tentang sesuatu yang kita minat atau niatkan. 

Antara teori yang biasa kita dengar "Oh telefon kita tu boleh dengar apa yang kita cakap". Teori ini telah dibuktikan tidak benar. Bagi mereka yang menginginkan data anda, cara itu terlampau canggih dan rumit. Ada cara yang lebih murah dan efisien.

Seperti yang kita tahu, setiap aplikasi yang kita gunakan mengumpul pelbagai data yang tersimpan di telefon pintar anda. Dari id peranti, lokasi, dan demografik. Mereka yang mencuri data anda ini mampu mengambil data anda bila bila masa dan di mana sahaja.

Contohnya, setiap kali anda membuat pembelian online mesti ada data. Data itu boleh diambil dan dijadikan dataset untuk bahagian jualan. Secara tidak langsung mereka boleh tahu tabiat pembelian dan minat anda. Contoh lain, tiap kali anda daftar sebagai pengguna baru suatu aplikasi mesti ada 'Terms& Privacy" bukan? Ada anda baca setiap baris ayat yang diberi? Mesti tidak.

Secara tidak langsung anda telah bersetuju untuk "perkongsian data" dengan aplikasi tersebut. Lebih menakutkan, keberadaan anda juga mereka boleh 'track'. Jika anda berada di suatu tempat dalam tempoh yang lama, mereka boleh rujuk silang data setiap orang yang berada di sekeliling anda. Iklan yang muncul pasti sesuatu yang berkait dengan orang yang rapat dengan anda. Baik keluarga, teman dan rakan sekerja.

Tanpa kita sedari, mereka tahu segala gerak geri kita dan keluarga kita. Biarpun hanya satu iklan yang nampak remeh. Disebabkan itu update terkini Apple yang menghalang aplikasi untuk track data anda membuatkan Facebook tidak senang duduk. Itulah ancaman sebenar kebocoran data. Internet mengawal kehidupan kita tanpa mengira privasi.

Sumber: RobertGreeve (Twitter)

Destination: