Bestnya! Sabah Mula Benarkan Aktiviti Rekreasi Laut Dengan 50 Peratus Kapasiti

TERKINI
March 15, 2021 - 06:31 PM


Jika ketika ini anda berada di Sabah dan rasanya seperti sudah lama anda tidak dapat membuat aktiviti rekreasi laut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) -- ini ada satu khabar gembira untuk anda!

Berkuatkuasa 15 Mac (hari ini), Kerajaan Negeri Sabah mula membenarkan aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti selam skuba, selam snorkel serta memancing mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk dengan kapasiti 50 peratus.

Kebenaran aktiviti tersebut merupakan pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.

Muatan penumpang bagi bot laju terbuka serta tertutup yang membawa individu untuk aktiviti rekreasi laut dan sungai juga dibenarkan mengikut kapasiti, tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter antara penumpang.

Untuk rekod, di Sabah jumlah kumulatif Covid-19 adalah sebanyak 53,903 kes dengan 39 kes positif baharu dilaporkan.

Sementara jumlah kumulatif inidividu yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin di Sabah sejak ia dilancarkan pada 4 Mac lalu adalah seramai 25,439.

Sumber: BERNAMA

 

 

Destination: