'Buka Tingkap Bagi Angin Masuk'...Penumpang Kongsi Video Berpanas Dalam Pesawat

TERKINI
May 10, 2022 - 04:05 PM


Musim perayaan ni mesti ramai rakyat Malaysia yang pulang ke kampung kan. Mana tidaknya dua tahun kita beraya di rumah sendiri sahaja. Ada juga yang memilih untuk terbang pulang ke kampung halaman. Dapat jimat masa dan elak jam yang teruk

Namun, baru-baru ini, viral satu video TikTok yang menunjukkan situasi cemas di sebuah kapal terbang kerana aircond rosak telah mencuri tumpuan.

@babahnadeen Eh padah2 azrab la mat #celahbedah #pada2handal #babahborak ♬ original sound - 🔹Babah Nadeen🔹

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang merakam situasi dan suasana dalam sebuah kapal terbang yang dinaikinya. 

@babahnadeen Kan senang cakap awal2 rosak #celahbedah #pada2handal #malaysiaairlines ♬ original sound - 🔹Babah Nadeen🔹


Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila semua penumpang dalam kapal terbang itu kelihatan sangat cemas kerana mereka terpaksa menahan kepanasan.

Sehingga ada bayi yang menangis. Perkara tersebut sudah tentunya membuatkan semua penumpang berang. Dikatakan lebih kurang satu jam mereka terpaksa berada di dalam pesawat tersebut.

 

Destination: