COVID-19: Arab Saudi Gantung Visa Umrah & Jepun Mungkin Batal Olimpik 2020

TERKINI
February 27, 2020 - 11:00 AM


Susulan kebimbangan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda menyebabkan 2 negara iaitu Arab Saudi dan Jepun tampil dengan sebuah keputusan yang mengejutkan.

Di mana Arab Saudi bertindak menggantung sementara kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Mekah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah.

Malah kemasukan ke Arab Saudi bagi pemegang visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman COVID-19 turut dilaksanakan.

Keputusan itu diambil selepas melihat perkembangan terkini penularan wabak berbahaya itu yang dikesan telah memasuki negara Timur Tengah.

Sementara itu, berikutan gesaan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe supaya acara sukan dan kebudayaan dibatalkan atau ditangguhkan selama 2 minggu selepas negara itu sedang berdepan krisis wabak koronavirus -- telah membawa spekulasi bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin turut akan dibatalkan.

Jepun berasakan risiko tinggi penyebaran akan berlaku dalam acara sukan dan kebudayaan serta perhimpunan yang membabitkan ramai orang.

Negara matahari terbit itu mempunyai sekurang-kurangnya 164 kes positif koronavirus, selain daripada 691 kes dilaporkan di kapal yang berlabuh di Selatan Tokyo, manakala jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 5 kes.

 

Destination: