
COVID-19 : Industri Pelancongan Dunia Kerugian Sekitar 44 Billion Ringgit
TERKINIWabak Coronavirus atau COVID-19 yang sedang melanda kebanyakkan negara seluruh dunia kini telah meragut ribuan nyawa dan salah satu industri yang merasa kesannya ialah industri pelancongan. Menurut kenyataan ketua Pengembaraan dan Pelancongan Sedunia semalam (27 Feb), perkara ini adalah disebabkan oleh penurunan perbelanjaan dan ketibaan pelancong terutamanya dari China.
COVID-19 setakat ini, telah meragut 2,760 nyawa yang majoritinya di China, tempat ianya dikesan pada Disember lalu dan telah merebak serta menjangkiti lebih dari 81,000 orang dari lebih 45 buah negara termasuk Malaysia.
Menurut kenyataan tersebut, pengiraan awal ini dilakukan oleh sebuah firma kaji selidik dan ia menjangka krisis wabak ini menyebabkan industri pelancongan sedunia kerugian sekurang-kurangnya USD22 billion.
Pengiraan ini dilakukan berdasarkan pengalaman kes sebelum ini seperti SARS dan H1N1 dan ia juga berdasarkan penurunan jumlah pelancong China yang telah disekat dari keluar negara mereka.
Tambah beliau lagi, pelancong China adalah mereka yang berbelanja besar ketika bercuti dan sekiranya ianya berlarutan, ia mungkin akan mencecah dua kali ganda dan secara tidak langsung, ia juga mampu mengugat ekonomi negara – negara yang bergantung kepada pelancong dari China.
Rabu lalu, pihak WHO menasihatkan semua negara mengambil langkah berjaga – jaga sambil meningkatkan langkah keselamatan kesihatan namun sekatan perjalanan perlu bersesuaian untuk pastikan ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap sektor pelancongan.
Sumber : CNA