COVID-19: Rakyat Malaysia Ke Indonesia Sila Daftar Diri Di Kedutaan Besar

TERKINI
March 05, 2020 - 11:00 AM


Jika anda seorang rakyat Malaysia yang sedang berada atau merancang untuk ke Indonesia tidak lama lagi, anda diminta untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

Ini susulan perkembangan terkini di republik itu yang dikesan turut tersenarai sebagai negara yang dijangkiti wabak COVID-19, selepas 2 rakyatnya disahkan positif sekaligus menjadikan ia kes pertama di Indonesia yang mempunyai lebih 270 juta penduduk.

Bagi rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Kedutaan, anda boleh berbuat demikian dengan mengisikan butiran diri secara atas talian di https://goo.gl/ixYVfy atau email ke [email protected].

Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia juga dinasihatkan agar mematuhi arahan serta merujuk kepada maklumat yang tepat daripada pihak berkuasa tempatan.

Berdasarkan rekod, lebih 2 juta rakyat Malaysia berkunjung ke Indonesia setiap tahun.

Sumber: Bernama
 

Destination: