COVID-19 : Tarikan Pelancongan Paling Popular Di Asia Lengang

TERKINI
March 10, 2020 - 10:53 AM


Kebiasaannya, suasana kompleks candi Angkor Wat di Kemboja pastinya sibuk dan ramai, lebih – lebih lagi ketika waktu matahari terbenam, namun sejak penularan wabak coronavirus, kompleks candi berkenaan dilaporkan lengang.

Lokasi paling banyak mencul di feed Instagram, kompleks candi, jalan raya, museum dan makam – kesemuanya kosong dan lengang kerana orang ramai kini mula mengasingkan dan mengelakkan diri daripada berada di tempat tumpuan ramai.

Orang ramai dan pelancong yang kebiasaannya kelihatan di lokasi popular seperti rumah ibadat Sensioji Tokyo,The Peak Hong Kong dan persiaran kaki di Pelabuhan Sydney juga berkurangan secara mendadak.

Menurut pemerhatian, pelancong yang berkurangan atau boleh dikatakan ‘menghilang’ majoritinya dari negara China – negara yang pelancongnya telah mengubah ekonomi pelancongan di Asia semenjak kebelakangan ini. Apa yang mengejutkan, hanya 10 peratus dari populasi negara China mempunyai passport.

Di Angkor Wat, seni bina Khmer yang menakjubkan ini berjaya menarik kunjungan jutaan pelancong setiap tahun. Namun, ketika ‘high-season’ baru – baru ini, mereka mencatatkan jumlah pelawat yang paling rendah.


Kaji Selidik Mengenai Trend Melancong Rakyat Malaysia Selepas Berlakunya COVID-19

keadaan di Angkor Wat ketika 'high-season'

Menurut seorang juru pandu yang boleh berbahasa cina disana, sejak penghujung Januari, boleh dikatakan tiada langsung permintaan untuk juru pandu berbahasa cina, situasi ini sedikit sebanyak merisaukan beliau kerana perlu bertahan dan tidak mendapat pekerjaan.

Pada 2019, Angkor Wat mencatat rekod penerimaan pelancong tertinggi iaitu seramai 6.6 juta orang dan hampir separuh daripada jumlah itu adalah mereka yang berasal dari China.

Bukan sahaja Angkor Wat, COVID-19 ini turut memberikan impak besar terhadap ekonomi diseluruh Asia.