Doktor Di Itali Terpaksa Memilih Pesakit Untuk Dirawat

TERKINI
March 12, 2020 - 12:32 PM


Itali secara rasmi mengambil langkah kuarantin seluruh negara dan ini dilakukan bagi menghalang wabak COVID-19 daripada terus merebak. Ketika ini, Itali merupakan negara kedua dengan angka kematian tertinggi iaitu 827 orang dan sebanyak 12,462 kes telah disahkan.

Itali ketika ini merupakan negara Eropah dengan kes jangkitan tertinggi dan semakin hari ia semakin merisaukan dan daerah yang paling awal dikuarantin ialah Lombardy. Sehingga kini, kesemua hospital di Lombardy sesak dan mereka mengalami kekurangan alatan perubatan serta kekurangan tilam bagi menempatkan pesakit yang dijangkiti COVID-19.

Peningkatan mendadak tercatat samalam semalam iaitu 2313 kes dalam masa sehari dan 196 kematian dicatatkan. Ini menyebabkan beberapa bilik operasi perlu ditukar menjadi bilik rawatan COVID-19 dan doktor – doktor disana bekerja setiap masa bagi merawat pesakit baharu.

Keadaan ini menyebabkan doctor di Itali berada dalam keadaan dilemma iaitu mereka perlu membuat pilihan untuk membuat atau menolak rawatan kepada pesakit. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang doktor, mereka akan lihat umur dan keadaan pesakit.

Jika pesakit berumur 80 tahun ke atas, berkemungkinan besar mereka tidak akan mendapat rawatan. Kedua, adalah mereka yang sudah mempunyai kegagalan beberapa organ dalaman (dua atau tiga organ penting), peratusan kematian golongan ini amat tinggi berbanding peratusan untuk sembuh.

Situasi sekarang, Itali berada dalam keadaan lockdown yang mana pusat beli belah ditutup, syarikat besar membenarkan pekerja bekerja dari rumah dan lain – lain. Ini bagi mengelakkan penyebaran virus lebih meluas dan pantas.

Keselamatn rakyat adalah keutamaan Itali sekarang ini, dan mengikutkan situasi dan keadaan sekarang, pastinya Malaysia akan berdepan dengan perkara yang sama. Oleh itu, sama – samalah kita mengambil langkah berjaga – jaga.