Eh Tu Bukan Ke?..Kecoh Pemain Harimau Malaya Raikan Kejayaan Di Kelab Malam

TERKINI
June 16, 2022 - 03:54 PM


Ketika satu negara sedang menikmati dan meraikan kejaayaan skuad Harimau Malaya, satu video viral di mana beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di sebuah kelab malam.

Namun, apa yang menjadi perhatian dan dipersoalkan netizen adalah mereka mendakwa terdapat salah seorang pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok.

Junior seperti yang dilaporkan portal HarimauMalaya berkata: "Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik.

"Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

"Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya," katanya.

Destination: