Enjoy Melaka River Cruise Sambil Makan Durian Sampai Puas, Syioknya! RM50 Je!

TERKINI
June 02, 2022 - 02:37 PM


Peminat durian berpeluang menikmati keenakan isi raja buah itu selepas menyusuri sungai Melaka menerusi pakej ‘Cruise dan Makan Durian – Makan Sampai Puas’ yang ditawarkan Melaka River Cruise (MRC).

Menerusi pakej itu terdapat lima jenis durian ditawarkan kepada orang ramai seperti Musang King, Black Thorn, Kucing Tidur dan Durian Kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Datuk Murad Husin berkata pakej berkenaan ditawarkan kepada orang ramai bermula 1 Jun hingga awal Julai.

Pengunjung boleh menikmati keenakan raja buah itu di 2 lokasi disediakan iaitu Muara Sungai Melaka dan Taman Rempah.

“Pengunjung diberikan masa selama 40 minit untuk menikmati durian dengan dikenakan harga berpatutan iaitu RM50 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

“Manakala, bagi pelancong asing atau individu tanpa kad pengenalan akan dikenakan bayaran RM55 bagi dewasa dan RM40 buat kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada selepas melawat lokasi pakej ‘Cruise dan Makan Durian’ di Muara Sungai Melaka.

“Jika pengunjung hanya datang untuk makan durian sahaja tanpa menaiki bot harga ditawarkan adalah RM35 bagi dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak,” katanya.

Sumber: Melaka Hari Ini

Destination: