Foto Remaja Malaysia Dimuat Naik Oleh Apple Dan Mendapat Sambutan Di Persada Dunia

TERKINI
October 19, 2020 - 07:18 PM


Rasa bangga sebagai rakyat Malaysia apabila foto seorang remaja dimuat naik menerusi Instagram Apple pada bulan lepas. Gambar tersebut mendapat tatapan lebih dari pada 23 juta followers di akaun tersebut dan sehingga kini gambar tersebut sudah pun mendapat lebih daripada 250,000 likes. Korang boleh tengok gambar yang dimaksudkan di bawah.

 

 

Remaja yang bernama Muhammad Faris Danial,19, memberitahu bahawa beliau sangat terharu dan terkejut dengan sambutan yang diterima. Pihak Apple sudah pun memaklumkan tindakan mereka beberapa hari sebelumnya, namun ia tidak menghalang Faris dari berasa bangga dan teruja dengan gambar yang diambil.

Gambar tersebut diambil di Sabak Bernam ketika beliau bercuti bersama keluarga pada 17 Julai yang lalu. Menggunakan iPhone XR pada ketika itu, Faris membuat keputusan untuk mengambil gambar sunset pada jam 6.30 petang. Beliau juga turut berkongsi bahawa ramai yang mengatakan sunset di Sabak Bernam lawa, dan ianya ternyata benar.

Selain daripada gambar yang dimuat naik di Instagram Apple, akaun Faris sendiri mempunyai beberapa gambar lain yang sangat cantik dan unik. Menurut beliau, minat untuk berkecimpung dalam bidang fotografi ini datang pada usia 16 tahun dan ianya adalah hobi semata-mata buat sekarang ini. Namun beliau tidak menolak jika rezekinya untuk berkecimpung dalam bidang tersebut pada masa akan datang.

Faris juga tidak mengehadkan skop beliau terhadap satu subjek, malah beliau tidak mengehadkan dirinya untuk mengambil satu genre sahaja, Menerusi laman Instagram beliau, pelbagai jenis gambar telah diambil olehnya seperti alam sekitar, potret, urban, dan macam-macam lagi. Nak tengok gambar-gambar yang diambil oleh Faris, korang boleh pergi di bawah:

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Empty . . . . . . . . . #shotoniphone #TheEmptySeries #mobilegraphymy #theperspectiveseries

A post shared by Danné (@farisofar) on

 

Sumber: Mstar

Destination: