Gambar Pokok Kelapa Di Terengganu Kini Trending

TERKINI
January 17, 2020 - 12:13 PM


Jika bulan lepas, viral di Instagram apabila sebuah gambar di Kampung Sahabat, Perlis mendapat perkongsian di laman Instagram Apple, kini trending pula sebuah gambar pokok kelapa yang diambil di Terengganu.

Seperti kebiasaan, laman Instagram Apple akan mengongsikan gambar – gambar yang diambil pengguna iPhone melalui hashtag #ShotoniPhone. Ini secara tak langsung sebagai ‘marketing’ yang digunakan mereka dalam memaparkan kualiti kamera mereka.

Berbalik kepada gambar pokok kelapa yang diambil di Terengganu ini, pemilik gambar @aazmeeriskndr mengambil gambar ini pada 28 Ogos 2019 sebelum laman Insta Apple kongsikan semula pada 16 Januari. Gambar yang penuh penceritaan ini diambil menggunakan iPhone XR.

Secara tak langsung, popular sekejap Terengganu dan ini sedikit sebanyak boleh membantu Tahun Melawat Malaysia 2020 yang tengah berlangsung ni. Kalau nak diikutkan, Malaysia menjadi sebutan secara tak sengaja akhir – akhir ini.

Contohnya; pemegang watak ‘Luke Skywalker’ , Mark Hamill tersilap menggunakan bendera Malaysia dalam satu postingnya serta paling baru, seorang jurnalis yang ‘mengutuk’ nasi lemak yang dimakannya dalam satu penerbangan baru -baru ini.
 

Nota Editor : Bila diperhatikan; distalk dan diselidik, memang gambar - gambar yang dihasilkan oleh @aazmeeriskndr ni power - power, tak percaya, korang follow lah dia di IG. Jangan lupa follow IG kitorang sekali @officialrileklah

Destination: