Gara – Gara Tiket Murah, Lelaki Ini Positif Covid-19 Selepas Pulang Bercuti!

TERKINI
March 16, 2020 - 01:39 PM


Penularan virus Covid-19 yang disifatkan sebagai pandemik oleh WHO sememangnya merisaukan dan memberikan impak yang besar kepada sesebuah negara. Salah satu sektor yang terjejas teruk pastinya sektor pelancongan kerana banyak negara mengambil tindakan menutup pintu masuk negara mereka.

Dalam usaha mengekalkan perniagaan, sememangnya banyak tawaran – tawaran tiket penerbangan yang murah berlaku dan ianya bukan hanya di Malaysia. Tidak dinafikan, masih ramai yang membeli dan merebut peluang ini tanpa berfikir panjang.

Mungkin; ada yang daripada anda masih berkira – kira mahu melanjutkan juga perjalanan ke luar negara, jika ada… Buat pertimbangan sebaik anda baca perkongsian dari China Press ini.

Baru- baru ini, Pusat Kawalan Penyakit Taiwan (CDC) telah mengadakan sidang media dan mengesahkan kes covid-19 di sana telah meningkat kepada 6 kes. Salah satu daripada kes berkenaan adalah kes import yang mana ia berlaku ketika seorang lelaki berdegil untuk teruskan perjalanan keluar negara ketika dilanda krisis kesihatan seluruh dunia.

Mengambil kesempatan dengan tawaran ‘super jimat’ tiket penerbangan, lelaki ini membuat keputusan untuk keluar negara dan bercuti. Lagipun, semua destinasi tengah murah disebabkan Covid-19.

Walaupun dihalang rakan – rakan, lelaki ini tetap berdegil dan sejurus cerita beliau keluar negara memasuki media sosial, netizen Taiwan berasa sangat marah dan menyelar tindakan yang dilakukan terutamanya dia telah diberikan amaran supaya tidak meneruskan perancangannya untuk melancong keluar negara.

Nak dijadikan cerita, ketika pulang dari percutian… Dia disahkan positif Covid-19 dan akhirnya terpaksa menerima rawatan dan ini secara tak langsung merugikan diri sendiri kerana terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk rawatan.

Menurut statistik terkini, 16 Mac, Taiwan telah mempunyai 59 kes dengan 1 kematian. Dan situasi ini sama juga apa yang berlaku di Malaysia, sebelum terjadinya gelombang kedua yang menyebabkan jumlah keseluruhan kes kini menjadi 428 kes, 9 dalam keadaan kritikal dan 42 kes berjaya disembuhkan.

Jadi, sebelum membuat keputusan untuk keluar negara, lebih – lebih saat genting seperti ini, sila buat pertimbangan dan fikir semasak-masaknya.

Nota Editor : Promosi tiket murah akan berlangsung banyak kali, nyawa ada satu! Fikirlah sendiri.