Gempa Di Filipina, Tiada Rakyat Malaysia Terjejas – Wisma Putra

TERKINI
December 16, 2019 - 10:47 AM


Kawasan Polomolok, Cotabato Selatan, Filipina dilanda gempa bumi berukuran 6.9 magnitud semalam (2.11 petang waktu tempatan).

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, setakat ini gempa berkenaan telah meragut 3 nyawa dan jumlah mangsa yang tercedera masih belum diperolehi.

Dalam masa yang sama, Wisma Putra mengesahkan bahawa tiada rakyat negara ini yang terjejas akibat gempa berkenaan namun, mereka yang perlukan bantuan daripada pihak konsular boleh berbuat demikian dengan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia yang berada di Davao City di talian +63 82 221 4050 atau +63 936 968 4001.

 

Destination: