[VIDEO] "Meruntun Jiwa" : Kanak-Kanak & Bayi Masih Bertali Pusat Antara Mangsa Gempa Syria Ditemui Secara Tragis
TERKINISituasi semasa Syria yang berdepan dengan isu perang, pemberontakan, dan pelarian yang berlarutan sejak lebih satu dekad lalu -- merumitkan usaha pencarian dan penyelamatan mangsa gempa bumi yang melanda dua negara, Syria dan Turkiye.
Bagi masyarakat di Syria, mereka mungkin sudah bersedia dengan pelbagai risiko serangan atau pengeboman yang membadai bumi Anbiya itu.
Namun ketika usaha pencarian dan penyelamatan runtuhan bangunan susulan gempa di Syria iaitu menfokuskan kepada Idlib dan Aleppo -- pasukan penyelamat berjaya menemukan dua kanak-kanak di bawah runtuhan bangunan.
This video broke my heart 💔
— Zuher Almosa (@AlmosaZuher) February 7, 2023
The little girl says to the rescuer when he reaches her: Get me out from under this wreckage,sir,me and my sister, and I will become your slave.#earthquakeinturkey #Syria #هزه_ارضيه #زلزال #İstanbul #earthquake #Turkey #PrayForTurkey pic.twitter.com/U9mMrZdROM
Melalui perkongsian di laman Twitter oleh seorang wartawan Zuhair Alamosa, dia menceritakan detik-detik penyelamatan di bawah runtuhan.
Apa yang meruntun hati adalah seorang kanak-kanak itu merayu untuk dikeluarkan dari runtuhan dan merelakan diri untuk dijadikan hamba.
"Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba anda," jelasnya dalam video berdurasi 17 saat itu.
Ungkapan kanak-kanak itu memberi tamparan kepada dunia bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan dan bukannya kesan gempa bumi.
Menerusi video berkenaan, kanak-kanak yang berbaju biru itu cuba menenangkan adik perempuannya yang turut dalam kesempitan di celah runtuhan bangunan.
Kedua-dua mereka dilihat dalam keadaan penat dan tidak bertenanga susulan terperangkap dipercayai tanpa makanan dan minuman sejak gempa menggegarkan pada Isnin.
Kedua-dua mereka dilaporkan terperangkap berikutan bumbung rumah mereka runtuh.
BAYI MASIH BERTALI PUSAT DISELAMATKAN
Sementara itu, seorang bayi baru dilahirkan yang masih bertali pusat ditemui hidup di sisi ibunya yang terkorban di bawah runtuhan rumah dalam kejadian gempa bumi di utara Syria pada Isnin.
Saudara-mara keluarga mangsa terpaksa memotong tali pusat bayi itu yang masih terikat pada ibunya untuk menyelamatkannya.
Bayi itu adalah satu-satunya yang terselamat apabila seluruh ahli keluarganya maut dalam runtuhan rumah mereka di Jindayris yang dikuasai pemberontak.
A mother in Syria gave birth to her baby before she was dead. #earthquake pic.twitter.com/HVUEqEBLRu
— Muhammad Smiry 🇵🇸 (@MuhammadSmiry) February 7, 2023