Harga Barang Di Pulau Pangkor Dijangka Turun 3 Bulan Lagi

PANAS
January 15, 2020 - 05:27 PM


Pada 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah diiktiraf sebagai pulau peranginan bebas cukai dan ini meletakkan status pulau ini sebaris dengan pulau bebas cukai lain seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan juga Labuan.

Seperti sedia maklum, kewujudan pulau bebas cukai ini adalah salah satu usaha bagi meningkatkan industri perdagangan dan pelancongan. Kalau mengikut prosedur Kastam bagi Pulau Bebas Cukai, kesemua barangan adalah barangan bebas cukai kecuali petroleum dan barang keluaran petroleum.

Namun begitu, penurunan harga barangan di Pulau Pangkor hanya akan menerima kesan dalam tempoh tiga bulan lagi dan berdasarkan pemantauan KPDNHEP; 23 jenis barangan keperluan pengguna dan 18 makanan siap masak mengalami kenaikan melebihi 10% dari pasaran dan ini adalah disebabkan faktor logistik.

Penurunan harga di Pulau Pangkor akan berlaku secara berperingkat dan pemantauan harga akan dilakukan pihak KPDNHEP. Salah satu faktor kelewatan penurunan harga di pulau berkenaan adalah peniaga sendiri. Difahamkan, mereka membeli barangan dengan harga lama. Jadi untuk menghabiskan stok dan mengelakkan kerugian, mereka terpaksa menjual dengan harga lama.

Jadi, anggaran harga barangan akan jadi murah di Pangkor hanyalah pada bulan Mac ke atas.

Sementara itu, pengistiharan rasmi Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai bakal disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

p/s : Pastinya orang ramai dah tak sabar nak shopping produk bebas cukai nanti.

Destination: 
;