Hari Tu Solat Jemaah Online, Sekarang Solat Dengan Kipas Pulak Dah! Apa Hukumnya?

TERKINI
May 25, 2022 - 01:49 PM


Hari demi hari, ada saja warganet mengikuti trend di aplikasi Tiktok sedangkan ia bercanggah di sisi agama Islam.

Jika awal tahun ini, kecoh trend ‘unboxing by husband’ yang dilakukan oleh pasangan baharu berkahwin telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat serta aksi solat jemaah antara pasangan yang dilakukan secara online.

Kini, trend terbaharu pula muncul dan menjadi ikutan apabila aksi menunaikan solat dengan menjadikan kipas angin sebagai makmum dan video berkenaan rata-ratanya dimuat naik oleh individu berstatus bujang.

Video-video tersebut memaparkan individu berkenaan akan berlakon seperti sedang menunaikan sembahyang dan mereka menjelaskan trend itu dibuat kerana ingin merasai bagaimana solat bersama pasangan seperti suami isteri.

Menurut Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak -- perkara tersebut merupakan satu perbuatan yang mempersendakan agama dan merupakan DOSA BESAR!

“Perbuatan mengejek agama ini haram perbuatannya dosa besar.

“Apatah lagi kalau dibuat dalam keadaan sedar bukan mabuk ketum maka perbuatan tersebut dilarang oleh agama.

“Kalau boleh kepada pihak jabatan agama, kalau perbuatan ini dilakukan di Malaysia boleh diambil tindakan kepada mereka,” katanya.

@mstarmalaysia Pulak dah… haritu solat jemaah online sekarang timbul isu solat dengan kipas? Hmm #tiktoknews #beritatiktok #mstar #fyp ♬ original sound - mStar Official

Sementara itu, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus berkata -- individu yang berlakon solat adalah HARAM kerana mereka seakan mempermainkan Islam yang mana berdosa besar seseorang itu jika mempersendakan agama.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya,” — (HADIS RIWAYAT ABU DAWUD) 

"Berlakon solat adalah haram. Jika tunjuk cara sujud dengan budak-budak dibolehkan. Benda itu beza. Berlakon lain, dia berpura-pura sembahyang. Dia tidak tahiyat. Haram kerana bermain-main.

"Ada juga yang ambil gambar ketika sembahyang, menurut ulama perkara itu dibolehkan. Kalau ajar orang dibolehkan seperti seorang suami menegur isterinya ketika solat, perkara itu dibolehkan atas tujuan pembelajaran," kata Azhar menerusi sebuah klip video ceramah TikToknya.

@thevoice_fyp

aku tak boleh diam minta maaf ni bkn bab aib...ni Bahaya cara halus kita terkena dgn trend..hampa boleh duk gelak main,aq wlpon Wibu pon x main² bab Solat ni,Takut

♬ original sound - Widia Shopia Dewi
Destination: