Hati-Hati! Labuan 'Diserang' Ribuan Obor-Obor Merah

TERKINI
March 04, 2020 - 10:42 AM


Kalau korang sedang bercuti atau bakal bercuti ke Labuan, korang diingatkan agar lebih berhati-hati sekiranya mengunjungi pantai terutama Pantai Mawilla iaitu lokasi perkelahan yang terkenal di sana.

Ini kerana sejak minggu lepas hingga ke hari ini, ribuan obor-obor merah yang jarang dilihat telah ditemui terdampar di sepanjang pantai berkenaan.

Kehadiran haiwan laut yang dilabelkan sebagai fenomena yang jarang berlaku itu agak berbahaya kerana boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan tidak selesa.

Obor-obor itu juga telah dikenal pasti sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama 'Sea Tomato'.

Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.

Ketika ini arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan telah mencetuskan angin dan gelombang yang kuat dan disebabkan obor-obor adalah perenang yang lemah, ia tidak dapat menahan alunan tersebut menyebabkan obor-obor itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya tidak masuk ke dalam air berhampiran lokasi obor-obor itu terdampar kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Reposted from @vanderfrancis (@get_regrann) - Happening now! Fenomena obor-obor terdampar di Tanjung Batu, Labuan. First time saya nampak dan pegang obor-obor. Such an amazing scenery 😍 . . . . - . • • 📌 Labuan F.T.,🇲🇾. • MALAYSIA • • • • #Labuan #VM2020 #VisitMalaysia2020 #CutiCutiMalaysia #TourismMalaysia #TourismMalaysiaLabuan #SayangMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #WowMalaysiaBorneo #mydestination #explore #explorelabuan #exploremalaysia #beautifuldestinations #wonderful_places #wanderlust #igersmy #instatravel #travelblogger #travel #travelgram #islandlife #neverstoptraveling #discovernewplaces #outdoors #amazingplaces #sunseasand #instabeach #nature #jellyfish

A post shared by Labuan TIC, Tourism Malaysia (@tourismmalaysialabuan) on

Sumber: Bernama

Destination: