Hungary Kembali Hidup Normal, Disambut Dengan Pertandingan Dukung Isteri
TERKINISetelah sekian lama berada di dalam perintah darurat, negara Hungary menamatkan perintah darurat mereka pada pertengahan bulan Jun 2021, dan menyambut kejayaan tersebut dengan satu acara yang amak unik.
Bagi membuktikan kecintaan kepada pasangan masing-masing, seramai 40 penduduk Hungary sanggup mengendong isteri mereka di belakang badan dalam pertandingan kali kedua yang dianjurkan di negara itu. Kali pertama pertandingan itu diadakan adalah pada bulan Oktober tahun lepas yang hanya berjaya menarik minat 12 pasangan sahaja.
Penganjur pertandingan tersebut, Gergely Guraly berkata negara itu sudah melalui saat sukar disebabkan pandemik Covid-19 dan mereka memerlukan sebuah aktiviti yang membolehkan mereka merasai kegembiraan dan keceriaan di tempat terbuka.
Menurutnya, persiapan pertandingan tersebut telah dilakukan sejak Januari lalu dan pertandingan mendukung isteri ini merupakan tradisi yang dianjurkan Finland sejak 1990. Pertandingan tersebut memerlukan pasangan lelaki untuk mendukung isteri mereka, dan melalui pelbagai halangan.
Pemenang ditentukan dengan catatan masa paling pantas yang menamatkan kesemua halangan.